Yayasan Amal ASAS (YAA) telah ditubuh & diperbadan di bawah Akta Syarikat 1965, pada 23 Mac 2010 serta merupakan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited by Guarantee) serta turut memiliki Memorandum and Articles of Association (M&A).
Matlamat penubuhan YAA adalah sebagai pemangkin kecemerlangan insan. Seiring dengan slogan PRIHATIN & MESRA, setiap amanah yang dipertanggungjawabkan akan digalas secara berhemah melalui penganjuran pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan merentas agama dan bangsa.
1. Memberi sumbangan berupa kewangan dan bukan kewangan dalam bidang pembelajaran kepada pelajar-pelajar terpilih dari Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan kepada anak-anak pelajar dari golongan asnaf dan juga bagi pembangunan kerjaya.
2. Menyantuni golongan rentan yang sangat memerlukan termasuk di kalangan keluarga asnaf, warga emas, golongan kelainan upaya, anak yatim, kelompok miskin bandar dsb.
3. Melakukan aktiviti–aktiviti melestarikan alam sekitar seperti pembersihan lembangan sungai, kitar semula dan pelbagai aktiviti berkaitan.