Saban tahun, YAA sentiasa komited membuat pelbagai program bagi mendekati golongan ini dengan matlamat bagi memastikan mereka tidak terjerumus kepada masalah sosial dan kesihatan awam yang berpunca daripada kemiskinan.
Bantuan keluarga asnaf tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang, sebaliknya turut melibatkan beberapa negeri lain melalui usahasama erat dengan Chapter ASAS Negeri seluruh Negara.