Bantuan Bencana Banjir (2021 - 2022)

Misi Bantuan Bencana Banjir (YAA) 2021-2022 secara rasminya dilancarkan pada Hari Isnin, 20 Disember 2021 susulan insiden bencana banjir melibatkan beberapa kawasan di negeri Selangor termasuk di Hulu Langat, Dengkil, Klang, Shah Alam dan lain-lain.

Fokus utama misi:

1. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan baikpulih kemudahan-kemudahan awam e.g. masjid, surau dsb dan rumah kediaman penduduk (warga ASAS dan bukan ASAS).
2. Mengagihkan bantuan makanan dan kelengkapan asas

bantuan bencana banjir


Bantuan Bencana Banjir (Masjid/Surau)

Bantuan ini merangkumi kerja-kerja pembersihan dan baikpulih masjid dan surau. Ini juga termasuk sumbangan karpet ruang solat yang baru, pemberian mushaf Al-Quran dan kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan sebagainya.

bantuan bencana banjir masjid

Keadaan Masjid Kg Jawa, Hulu Langat (Sebelum)

bantuan bencana banjir masjid

Keadaan Masjid Kg Jawa, Hulu Langat (Selepas)


bantuan bencana banjir masjid

Agihan Mushaf Al Quran Di Sekolah Menengah Islam Puchong


bantuan bencana banjir masjid

Agihan Kelengkapan Solat Di Masjid Labohan Dagang, Kuala Langat


bantuan bencana banjir masjid

Kerja Pemasangan Karpet Ruang Solat Masjid Ar Rahman, Kg Sungai Lui



Bantuan Perubatan

YAA turut telah menubuhkan Mobile Medical Team bagi tujuan memberi bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan.

Khidmat rawatan perubatan oleh YAA Mobile Medical Team ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan mangsa-mangsa banjir khususnya yang telah terputus bekalan ubat-ubatan dan memerlukan rawatan oleh doktor dan jururawat yang bertugas.

bantuan bencana banjir perubatan